back to home

Entri sambungan dari entri Azreen tentang percutian kami (Wawa-Aimi-Azreen-Mimi) ke Bukit Merah. Kalau dilihatkan pada tarikh, entri ni agak sudah basi. Hihi. Apa pun, layan~ :)
p/s: kepada Haneza dan Amnah, jika anda membaca entri ini, sila jangan cemburu ;p

24 Disember 2007
Isnin
Pagi

Setelah pelbagai rintangan dan halangan terpaksa dihadapi, dan setelah sedikit perubahan pada perancangan awal dilakukan, saya dan Aimi akhirnya selamat tiba di Penang selepas satu jam penerbangan dari Kota Bharu dengan menaiki pesawat kecil, Fokker 50 milik FireFly. Kecut perut juga semasa berada di dalam pesawat itu kerana gegaran lebih kuat terasa berbanding pesawat besar seperti boeing dan airbus. Sepatutnya Wawa dan Azreen yang akan mengutip kami di lapangan terbang Penang. Oleh sebab mereka baru sahaja bertolak dari Kuala Lumpur sewaktu saya hubungi mereka sebelum pesawat berlepas, jadi saya meminta jasa baik Dianne, rakan seuniversiti saya yang tinggal di Penang untuk menyambut ketibaan saya dan Aimi (sebab tak nak melangok 3 jam kat airport.)

 

Sementara menanti Wawa dan Azreen, Dianne membawa saya dan Aimi bersiar-siar sekitar Penang. Banyak juga perubahan yang saya dapat lihat di pulau ini setelah kali terakhir saya menjejakkan kaki di pulau pinang, kira-kira 9 tahun yang lalu. Oleh sebab perut lapar kerana masih belum bersarapan, Dianne memberi cadangan untuk pergi bersantap di Queensbay Mall, kompleks pasaraya yang dibina di atas tanah tambak. Di sana kami bertiga berkunjung ke Pizza Hut untuk mengisi perut. Pizza dan sup cendawan serta roti garlic menjadi isian perut kami tengah hari itu, ditaja sepenuhnya oleh Dianne. Lain kali aku pulak belanje ko ye Dianne!

Tengah hari

Wawa dan Azreen tiba di Queensbay Mall lebih kurang pukul 1.30 tgh hari. Untuk rekod, itu adalah kali ketiga (mungkin) saya bertemu dengan Azreen. Haha. (Tapi aku belagak macam dah lama kenal). Kami berbual-bual bertanya khabar dan berkenalan sebelum memutuskan untuk pergi ke surau bagi menunaikan solat. Setelah itu, Wawa dan Azreen yang mengadu kelaparan mengajak kami untuk pergi makan tengah hari. Dianne mencadangkan kami makan di pusat penjaja di Gurney Drive. Malangnya setelah tiba di sana, gerai-gerai di situ masih belum beroperasi jadi kami memilih untuk makan di Chicken Rice Shop di Gurney Plaza. Di sana kami berbual-bual dan beramah mesra sambil menjawab soalan teka-teki. Dianne yang banyak cakap berjaya memeriahkan suasana.

Petang

Jam digital saya menunjukkan angka 4.30 pm. Masih banyak tempat di Penang yang kami belum lawati malangnya masa tidak mengizinkan jadi kami segera bertolak ke Bukit Merah, destinasi utama percutian. Kami memilih untuk meninggalkan Penang dengan menaiki feri. Syok! Tetapi sebelum kami meninggalkan Penang, adalah sorang tu tetiba mengidam nak makan jeruk buah pala dan buah salak. Haha. Permintaan beliau dilayan walaupun keadaan jalan raya yang agak sesak ketika itu. Untuk menjimatkan masa, Azreen yang memandu ketika itu memakir kereta di tepi jalan dan turun berjalan kaki dengan Aimi. Sementara menunggu Azreen dan Aimi mencari jeruk, saya dan Wawa menanti di dalam kereta dan semasa menunggu tuh kami terlihat sesuatu yang jijik. eeeeeuuw..tapi malas nak cerita kat sini. Selepas Azreen dan Aimi berjaya mendapatkan jeruk, kami meneruskan perjalanan dengan menaiki feri. Menikmati angin sepoi-sepoi bahasa. Best!

Malam

Jam 8.00 malam kami berempat selamat tiba di Bukit Merah Laketown Resort dengan menaiki kereta yang dipandu oleh Wawa. Saya selaku organizer (melantik diri sendiri..haha) rasa sangat bersyukur kerana akhirnya sampai juga kami berempat ke Bukit Merah ini setelah berbulan-bulan perancangan di atur. Walaupun perancangan awal terpaksa di ubah disebabkan oleh pelbagai rintangan melanda seperti banjir, ketiadaan tiket untuk ke Kuala Lumpur, ibu bapa yang enggan memberi kebenaran dan sebagainya namun itu semua tidak mematahkan semangat kami. Banyak kali juga lah kami terpaksa menukar tarikh percutian ni. Walau apa pun, saya berharap ahli rombongan (macam ramai je…haha) seronok dan berpuas hati dengan percutian kali ini :)
Untuk sambungan dan cerita lebih menarik tentang percutian kami di Bukit Merah, sila berkunjung ke blog Wawa. :)